Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) Bil.1/2018

Posted by pkg bukit payong on Monday, February 19, 2018






Mesyuarat JKPA Bil.1/2018 BAGI DAERAH MARANG & KUALA TERENGGANU

Tarikh   : 14 Feb 2018 (Rabu)
Masa    : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Rhu Hentian 1, BTPNT

Tujuan JKPA diadakan bagi merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat. Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. Dalam majlis perasmian mesyuarat ini juga, Tuan Penolong Pengarah BTP telah berbesar hati menyampaikan sijil pencapaian 5 Bintang Penarafan SSQS dan PSS Domain SSQS kepada lebih kurang 40 buah sekolah dalam daerah terlibat.