Lawatan Penanda Aras PSS PAK-21 Dan Pengurusan TV PSS 2016


PKG Bukit Payong telah mengadakan satu Program Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Sekolah Pendidikan Abad Ke-21 Serta Pengurusan TV PSS Sekolah kepada Guru Perpustakaan Media dan Penyelaras TV PSS kepada sekolah ahli PKG ke SK Kompleks Gong Badak dan Perpustakaan UniSZA pada 25 Ogos 2016. Lawatan yang disertai seramai 40 orang guru ini bertujuan untuk menimba dan berkongsi maklumat berkaitan PSS PAK-21. Diharapkan hasil atau input yang diperolehi sepanjang lawatan di kedua-dua tempat ini sedikit sebanyak akan membuka minda dan kreativiti GPM dan Penyelaras TV PSS untuk diolahkan di sekolah masing-masing. 
PKGBP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan dan memberikan sokongan kepada program lawatan ini, terutama kepada Guru Besar dan guru-guru SK Kompleks Gong Badak dan Ketua Perpustakaan UniSZA serta warganya.