TERKINI DARI

BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA
***********************************************************
BERITA
***********************************************************

TARIKH TARIKH PENTING HIJRIAH 2017


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017


Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah APSSNT 2016 SK Padang Mengkuang


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang khususnya Pusat Sumber SKPM (PUSPAME) yang telah tamat menjalani proses Penilaian APSSNT 2016 pada 13 November 2016. Seramai dua orang juri dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Akram@Amir Bin Abdul Majid, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) dan Encik Badru Hishan Bin Mohd Zain, Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP telah hadir menjalankan penilaian ini. Proses penilaian berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan, Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru SKPM terutama GPM, AJK PSS, barisan pentadbir dan juga barisan PIBG SKPM yang turut sama menggembeling tenaga menjayakan kesemua aspek penilaian dapat dipenuhi. Penilaian ini juga mendapat perhatian daripada Timbalan PPD Marang Tuan Hj Nawawi yang turut sama-sama hadir memberi sokongan moral kepada pihak sekolah. Semoga PUSPAME akan beroleh kejayaan dalam usaha mendapat tempat di peringkat kebangsaan untuk tahun 2017. 

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH JKPA


PKG Bukit Payong dengan kerjasama PPD Daerah Marang telah melaksanakan Mesyuarat Jawankuasa Pengurusan Aktiviti Bil.2/2016 pada 11 Oktober 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Gong Nangka. Pihak PKGBP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah membincangkan banyak perkara berkaitan pengurusan aktiviti PKG serta melontarkan idea untuk menjadikan PKGBP lebih cemerlang di masa hadapan.

Lawatan Penanda Aras PSS PAK-21 Dan Pengurusan TV PSS 2016


PKG Bukit Payong telah mengadakan satu Program Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Sekolah Pendidikan Abad Ke-21 Serta Pengurusan TV PSS Sekolah kepada Guru Perpustakaan Media dan Penyelaras TV PSS kepada sekolah ahli PKG ke SK Kompleks Gong Badak dan Perpustakaan UniSZA pada 25 Ogos 2016. Lawatan yang disertai seramai 40 orang guru ini bertujuan untuk menimba dan berkongsi maklumat berkaitan PSS PAK-21. Diharapkan hasil atau input yang diperolehi sepanjang lawatan di kedua-dua tempat ini sedikit sebanyak akan membuka minda dan kreativiti GPM dan Penyelaras TV PSS untuk diolahkan di sekolah masing-masing. 
PKGBP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan dan memberikan sokongan kepada program lawatan ini, terutama kepada Guru Besar dan guru-guru SK Kompleks Gong Badak dan Ketua Perpustakaan UniSZA serta warganya.


Sambutan Idilfitri GPM GPBGICT 2016


Pusat Kegiatan Guru Bukit Payong dengan kerjasama semua Guru Perpustakaan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari ICT (GPBGICT) telah bersetuju untuk mengadakan majlis jamuan idulfitri yang julung-julung kali diadakan. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun ada beberapa orang gpm dan gpbgict yang tidak dapat hadir. PKGBP amat berterima kasih atas komitmen semua yang memeriahkan majlis.

Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber Negara 2016


BENGKEL "EDITING VIDEO" DENGAN PERISIAN "SONY VEGAS" UNTUK GPBGICT PKGBP


BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA MENUJU ABAD 21


Hasil daripada pemantauan ISO 2016 yang dijalankan oleh pihak BTPN Terengganu melalui Pusat Kegiatan Guru mendapati bahawa gaya pengurusan pusat sumber sekolah perlu dibuat perubahan dan penyelarasan di peringkat sekolah ahli PKG agar lebih tersusun, sistematik dan selaras. Dengan ini diharapkan pengurusan PSS akan lebih kemas dan efisyen serta terarah kepada Perpustakaan Abad Ke-21 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Sehubungan itu, Pusat Kegiatan Guru Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah menganjurkan satu bengkel penyelaran pengurusan PSS sekolah ahli PKG pada 27 dan 28 Jun 2016, bertempat di Bilik Semarak PKG Bukit Payong bagi memberi pendedahan kepada semua Guru Perpustakaan Media (GPM) melengkapkan diri ke arah PSS Abad 21.

KLIK untuk muat turun gambar.

TOKON NILAM DAERAH MARANG 2016

Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Marang telah menganjurkan Program Pemilihan Tikoh NILAM Daerah Marang pada 6 dan 7 Mac 2016 bertempat di SK Wakaf tapai Marang, Terengganu. Program tersebut dijalankan selama dua hari dan majlis penutupan disempurnakan oleh Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid.

Sekalong tahniah dan syabas kepada kepada calon calong yang telah mendapat tempat dalam program ini serta tersenarai untuk mewakili daerah Marang Pertandingan NILAM Peringkat Negeri Terengganu yang bakal berlangsung pada akhir Mac ini. Calon yang beejaya ialah Nur Aisyaturradiah, SMKA Durian Guling (Katagori BM Sekolah Menengah). Ahmad Taufiq Aiman Bin Mohd Khalid, SK Bukit Sawa (Kategori BM Sekolah Rendah). Muhammad hanif bin Mustafa, SMK Seri Payong (Kategori BI Sekolah Menengah) dan Muhammad Azim Bakhtiar Bin Abdul Razak, SK Wakaf Tapai (Kategori BI Sekolah Rendah).
Harapan kami pihak PPD dan juga PKG Daerah Marang agar calon-calon pilihan  dari daerah Marang ini akan mendapat tempat untuk mewakili negeri Terengganu ke peringkat seterusnya nanti.