BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA MENUJU ABAD 21

Posted by pkg bukit payong on Tuesday, June 28, 2016

Hasil daripada pemantauan ISO 2016 yang dijalankan oleh pihak BTPN Terengganu melalui Pusat Kegiatan Guru mendapati bahawa gaya pengurusan pusat sumber sekolah perlu dibuat perubahan dan penyelarasan di peringkat sekolah ahli PKG agar lebih tersusun, sistematik dan selaras. Dengan ini diharapkan pengurusan PSS akan lebih kemas dan efisyen serta terarah kepada Perpustakaan Abad Ke-21 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Sehubungan itu, Pusat Kegiatan Guru Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah menganjurkan satu bengkel penyelaran pengurusan PSS sekolah ahli PKG pada 27 dan 28 Jun 2016, bertempat di Bilik Semarak PKG Bukit Payong bagi memberi pendedahan kepada semua Guru Perpustakaan Media (GPM) melengkapkan diri ke arah PSS Abad 21.

KLIK untuk muat turun gambar.