ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH-SEKOLAH PKG DAERAH MARANG 2016

Posted by pkg bukit payong on Friday, March 31, 2017

PKG Daerah Marang dengan kerjasama Jawatan Kuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG telah mengadakan satu majlis yang memberi penghargaan kepada sekolah sekolah ahli PKG Daerah Marang yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Marang pada 30 Mac 2017. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Tuan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) Tn Hj Alias b Talib. Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adenan Bin Salleh. Seramai lebih kurang 130 orang yang terdiri daripada semua pengetua, guru besar, guru ict dan guru perpustakaan media sekolah hadir di najlis tersebut. PKG mengucapkan setinggi tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya merangkul anugerah yang dipertandingkan yang mencakupi bidang ICT, TEKNOPEN dan PSS sekolah. Sebanyak 36 kategori yang diberi penghargaan termasguk juga penghargaan kepada guru yang telah memegang jawatan GPM.
Begitu juga kami harapkan kepada sekolah-sekolah yang belum menerima anugerah utama untuk berusaha dengan lebih gigih agar kejayaan akan diperolehi di masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada JKPA daerah Marang yang telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memastikan majlis yang dirancang ini berjalan lancar. Juga tutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.