TERKINI DARI

BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA

***********************************************************
BERITA
***********************************************************
BERITA
***********************************************************

Jom Bercuti Bersama Frog VLE



     Pastikan murid-murid tetap mendapat bimbingan guru walaupun semasa cuti persekolahan. Dengan menggunakan laman pembelajaran maya VLE Frog, murid-murid akan sentiasa mendapat ilmu dan pendidikan walau dimana mereka berada dan pada bila-bila masa.
     Guru berperanan menjadikan pendidikan berlaku secara berterusan dan menarik walaupun tidak berada di sekolah. Dengan VLE Frog, guru tidak perlu lagi membuat fotokopi soalan-soalan atau kerja rumah untuk dibekalkan kepada murid, cukup hanya sediakan tugasan di dalam laman vle. Dengan itu murid boleh akses tugasan tersebut di mana sahaja tanpa perlu membawa beg atau buku semasa bercuti atau balik kampung, cukup hanya dengan gajet yang ada bersama keluarga.

Senang Dan Mudah. Selamat Bercuti.

KEMPEN HOUR OF CODE 2017


MELANGKAH KE HADAPAN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Pertandingan DIGITAL STORYTELLING ANNIMATION 2017


Jadual Pemantauan Pembestarian PKGBP 2017


ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH-SEKOLAH PKG DAERAH MARANG 2016


PKG Daerah Marang dengan kerjasama Jawatan Kuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG telah mengadakan satu majlis yang memberi penghargaan kepada sekolah sekolah ahli PKG Daerah Marang yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Marang pada 30 Mac 2017. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Tuan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) Tn Hj Alias b Talib. Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adenan Bin Salleh. Seramai lebih kurang 130 orang yang terdiri daripada semua pengetua, guru besar, guru ict dan guru perpustakaan media sekolah hadir di najlis tersebut. PKG mengucapkan setinggi tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya merangkul anugerah yang dipertandingkan yang mencakupi bidang ICT, TEKNOPEN dan PSS sekolah. Sebanyak 36 kategori yang diberi penghargaan termasguk juga penghargaan kepada guru yang telah memegang jawatan GPM.
Begitu juga kami harapkan kepada sekolah-sekolah yang belum menerima anugerah utama untuk berusaha dengan lebih gigih agar kejayaan akan diperolehi di masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada JKPA daerah Marang yang telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memastikan majlis yang dirancang ini berjalan lancar. Juga tutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.


CALON TOKOH NILAM DAERAH MARANG KE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017

TAHNIAH...
Empat orang calon tokoh nilam telah berjaya mewakili daerah Marang ke Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terennganu yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac di BTPN Terengganu. Adik Najwa Sofea Binti Aman (BI SR) dari SK Kelulut,, adik Nur Wadhihah Nadhiran Binti Mohd Faisal (BM SR) dari SK Padang Mengkuang, adik Aleesa Binti Amran (BI SM) dari SMK Tengku Lela Segara dan adik Rossalina Binti Ramzi (BM SM) juga dari SMK Tengku Lela Segara. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon.
Tahniah.

PROGRAM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH MARANG 2017


PKG Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah mengadakan Program Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Marang 2017 bertujuan untuk memilih calon yang berkelayakan mewakili daerah Marang ke peringkat negeri Terengganu yang dijangka akan berlangsung akhir Mac ini. Program pemilihan ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Febuari 2017 lalu. Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, Marang telah bermurah hati memberi kebenaran kepada penhanjur untuk berkampung selama dua hari ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada  pemenang setiap kategori yang dipertandingkan. Sekolah yang berjaya mewakili daerah Marang ke peringkat negeri adalah SK Padang Mengkuang (BM SR), SK Kelulut (BI SR) dan SMK Tengku Lela Segara yang merangkul dua katagori iaitu BM SM dan BI SM.
Sehubungan itu, satu program pemantapan tokoh NILAM telah diadakan di PKG Marang pada 7 Mac 2017 dalam usaha memastikan calong calon yang terpilih ini mencapai piawaian yang dikehendaki di perinmgkat negeri. Semoga calon-calon dari daerah Marang akan terus gemilang di peringkat negeri seterusnya akan bersinar di peringkat kebangsaan.

Trailer Anugerah NILAM Daerah Marang 2017

Saksikan trailer Anugerah Nilam Daerah Marang 2017 dibawah...



MESYUARAT JK KLUSTER PSS DAERAH MARANG BIL 1/2017


PKG Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan JK Pemuafakatan Aktiviti PKG (JKPA) telah bersidang dan bermesyuarat serta merancang aktiviti sepanjang tahun 2017 ini. Mesyuarat kali ini dihadiri semua Guru Perpustakaan Media iaitu 19 orang GPM dari zon PKG Bukit Payong dan 24 orang GPM dari zon PKG Marang. Mesyuarat dijalankan di Bilik Semarak PKG Bukit Payong pada 21 Febuari 2017 dan di pengerusikan oleh Ketua PKG Daerah Marang iaitu En Zulkifli Bin Abdul Rashid. Beberapa agenda penting telah dibentangkan dan dibincang seperti struktur baharu JKPA 2017 seperti yang termaktub dalam Buku Pengurusan PKG yang dikeluarkan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Semakan 2016, Perekodan Nilam Yang Ditambahbaik, Channel TV PSS Sekolah, Kampus Astro daripada  Yayasan Astro Kasih (YAK) serta beberapa aktiviti sosial lain. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua GPM yang sama-sama menjayakan mesyuarat ini.

KLIK untuk melihat video sorotan mesyuarat.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH MARANG, KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS


Pada 5 Febuari 2017 lepas, Bahagian Teknologi Pendidikan telah menganjurkan Mesyuarat jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG secara gabungan tiga buah daerah iaitu daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En Zaidi Bin Yazid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendididkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis amat berterima kasih kepada tuan Pengarah yang berkesempatan untuk hadir dan menyalurkan informasi terkini berkaitan BTP, BTPN dan PKG ekoran sesi soaljawab bersama beliau.
Dalam majlis perasmian mesyuarat ini juga, Tuan Pengarah BTP telah bebesar hati menyampaikan sijil pencapaian 5 Bintang Penarafan SSQS dan PSS Domain SSQS kepada lebih kurang 40 buah sekolah dalam daerah terlibat.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK

Pusat Kegiatan Guru Daerah Marang dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah menganjurkan satu taklimat kepada guru-guru penyelaras Nilam sekolah berkaitan penambahbaikan rekod bacaan NILAM bagi seluruh sekolah di negeri Terengganu. Taklimat tersebut telah diadakan pada 26 Januari 2017 bertempat di Bilik Seminar Pusat Kegiatan Guru Marang. Dua orang fasilitator jemputan dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP), BTPN Terengganu telah turun padang menyampaikan taklimat kepada guru NILAM. Diharapkan apa yang diperolehi dalam sesi taklimat ini akan dipanjangkan ke peringkat sekolah untuk dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2017 ini dan seterusnya.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Saksikan sorotan perjalanan program di sini :

http://gg.gg/taklimatnilamditambahbaik



TAHNIAH ! SK Padang Mengkuang

TAHNIAH..!

PKG Bukit Payong mengucapkan sekalung tahniah kepada Guru Besar, Guru Perpustakaan Media (GPM), guru-guru serta semua warga Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (SKPM) yang telah berjaya merangkul gelaran Johan dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016 yang telah berlangsung di Dewan Besar Bahagian Teknologi Negeri Terengganu pada 23 Januari 2017. Acara anugerah tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' A Latif bin Awang Pengeruai Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Majlis anugerah ini juga dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Terengganu Tn Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin. Sebanyak 45 kategori anugerah telah disampaikan dalam majlis tersebut. Sehubungan itu juga SK Padang Mengkuang akan membawa nama negeri Terengganu ke Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 yang akan berlangsung pada september nanti. 
Syabas dan tahiah diucapkan kepada semua warga SKPM.


Saksikan sorotan perjalanan Majlis Anugerah Pembesatian Sekolah 2016 dipautan ini.

Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE)

Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE)

 APAKAH 1BESTARINET DAN FROG VLE ?
frog2
 1bestarinet
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa  wayar  (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses  maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam  kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
  • Mengakses platform frog VLE
  • Mengakses emel peribadi Yes
  • Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh     Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
APAKAH FROG VLE?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsepvirtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Sumber : http://skbeseri.edu.my/?page_id=164