Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah APSSNT 2016 SK Padang Mengkuang

Posted by pkg bukit payong on Sunday, November 13, 2016

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang khususnya Pusat Sumber SKPM (PUSPAME) yang telah tamat menjalani proses Penilaian APSSNT 2016 pada 13 November 2016. Seramai dua orang juri dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Akram@Amir Bin Abdul Majid, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) dan Encik Badru Hishan Bin Mohd Zain, Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP telah hadir menjalankan penilaian ini. Proses penilaian berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan, Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru SKPM terutama GPM, AJK PSS, barisan pentadbir dan juga barisan PIBG SKPM yang turut sama menggembeling tenaga menjayakan kesemua aspek penilaian dapat dipenuhi. Penilaian ini juga mendapat perhatian daripada Timbalan PPD Marang Tuan Hj Nawawi yang turut sama-sama hadir memberi sokongan moral kepada pihak sekolah. Semoga PUSPAME akan beroleh kejayaan dalam usaha mendapat tempat di peringkat kebangsaan untuk tahun 2017.